Isnin, 25 Mac 2013

PULUT PANGGANG



     Kuih muih yg berasaskan pulut ni mmglah sedap.. tp tak bole nak mkn pulut selalu... angin... tp kpd yg tak alah takpelah.. aku ni lain mcm sikit lps bersalin anak sulong mmg tak boleh mkn bnyk bende2 berangin ni... aku pun bole naik angin nanti... kikikiiii... aku buat pulut panggang ni sikit jek sebenarnye... tumpang pulut 'sekaya' yg aku buat td... aku lebihkan 1/2 cwn pulut utk aku buat pulut panggang ni... intinye mmg ada aku simpan dlm peti sejuk lebih buat cucur badak aritu... kata org 'sambil menyelam minum air'.. heheheee.... 1/2 cwn pulut tu dapatlah 7 kpg jek pulut panggangnye... jadilah utk kami... kikikiiii...

      Korang mesti nak try kan?? heheheee... aku taip resepinye satu persatu kat bwh ye... jgn tak cuba tau... walaupun dok kat umah bertingkat2 ni tp tetap bole buat pulut panggang tau... cuma takdelah aroma arang yg membangkit selera tu... tp ttp marvelles tau...

 

Pulut panggang kegemaranku...


Bahan-bahan :
  •  1 cwn beras pulut - basuh dan rendam 2 jam
  •  1 cwn santan cair
  •  1/2sk garam

Cara-cara :

- Panaskan kukusan hingga air mendidih
- Masukkan semua bahan dlm loyang dan kukus selama 30 minit
- Setelah masak dibiar sejuk seketika


Bahan Inti:
 
  • 1 cwn kelapa parut
  • 1sb udang kering - direndam *
  • 3-5 tangkai cili kering  *
  • 1 bj bwg besar  *
  • 1 bj bwg putih *
  • 1 btg serai *
  • 1sk jintan manis *
  • 1sk gula - tambah klu suka
  • garam

Cara-cara :

- Blender bahan bertanda *
- Campurkan kelapa parut dan bahan blender dan digaul sebati
- Goreng dalam kuali tanpa minyak hingga kering



 Bahan-Bahan Untuk Pulut Panggang :

  • Pulut - yang telah dikukus / dimasak
  • Inti (serunding kelapa)
  • daun pisang - dipotong 4 segi besar tapak tangan dan dilayur
  • sedikit minyak masak
  • lidi atau stapler

 Cara -cara :

- Sapukan sedikit minyak masak di atas permukaan daun pisang 
- Ambil 1-2 sb pulut dan ratakan di atas daun pisang 
- Ambil 1-2 sb inti dan letakkan di tgh2 pulut tadi
- Tutup inti pulut panggang dengan temukan kedua-dua hujung pulut supaya ia tertutup
- Gulungkan daun pisang dengan padat 
- Staplerkan hujung daun pisang atau cucuk dgn lidi sate dan gunting lebihan daun (kemaskan)
- Letak pulut panggang di atas kuali leper dan bakar dengan api sederhana selama 10 min atau lebih
- Balik-balikkan agar masak sekata 
- Angkat dan boleh dihidang


Selamat Mencuba... :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan