Sabtu, 9 Mac 2013

BIHUN PUTIH (SINGAPORE)



      'Mama, buatlah bihun karot... kte mkn kat laut nak!!'.... spontan jek kuar dr mulut anakku... hehehee... tak sampai hati pulak klu tak buatkan.. so pagi td aku buatlah bihun putih ni utk sarapan... sbb bihun ni aku letak carrot terus dia bg nama baik punye... kikikiiii... tp utk mkn kat laut tu bukan masanye la... skrg ni papa dia tak berapa sihat... td pun mc... cian hubbyku... mlm ni tgk mcm dah ok... arap2lah sihat spt sediakala...

      Makan bihun ni mmg sedap tau... korang cuba la ye... aku letak resepi kat bwh... klu ada nak adjust2 lg tak kisah punye... heheheeee...
 

Bihun putihku yg terangkat!!!

 
 
Bahan-bahan :
 
 
  • 1/2 peket bihun - direndam dan ditoskan
  • 1 sudu udang kering - direndam *
  • 4-5 bj bwg kecil *
  • 1-2 bj bwg putih *
  • 1 sb serbuk lada putih - nak lg pedas bole tambah
  • sedikit serbuk lada hitam
  • isi ayam - dicincang
  • 1 bj telo
  • 1/2 btg lobak merah - dihiris nipis memanjang
  • sedikit minyak utk menumis
  • garam/perasa 
  • sedikit bwg goreng

 * klu rendam bihun sekejap perlu letak air lebih tp klu dah rendam lama air tak perlu banyak
  


Cara-cara :

-  Blender bahan bertanda *
-  Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan blender sehingga agak garing dan masukkan jg serbuk lada putih bersama serbuk lada hitam
-  Kemudian masukkan isi ayam dan biarkan sebentar
-  Masukkan air bersama lobak merah dan biar mendidih
-  Selepas tu masukkan telo, garam/perasa dan kacau sebati
-  Masukkan bihun dikacau rata
-  Bila dah rata dan sebati tutup api
-  Sedia utk dihidang bersama bwg goreng



Selamat Mencuba... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan